Ya Allah, dah 3 tahun Lin x jejak ke sini, tak update, tak jenguk langsung. Bila check balik blog ni, rupenya masih ada yang membaca & mencari info dalam blog ni. InsyaAllah, mulai hari ni, Lin cuba untuk sentiasa update blog ni. Lagipun bila dah lama tak update blog ni, dah takda tempat nak meluah perasaan dah. Nak luah dekat facebook, nanti orang yang berkenaan akan berkecil hati pulak kan. Susah bila kita kena sentiasa menjaga hati orang sekeliling, hati kita yang terpaksa berkorban.
Ok done mukadimah tadi. Lin check balik, banyak komen-komen dekat post berkenaan skincare Dnars. Untuk pengetahun semua, dah dekat 2 tahun Lin dah tak pakai Dnars. Sebab-sebab Lin berhenti pakai Dnars:
- Krim malam dia selalu bertukar warna coklat. Tak habis pakai lagi, & kadang2 baru beli, bila buka, dah bertukar warna. Lin pernah inbox pihak Dnars kat FB mengenai ni, tapi, takda balasan apa2. Lin kecewa.
- KKM selalu keluarkan list2 skincare yang bahaya & Dnars tersenarai.
- Makin lama kulit muka terasa nipis. Bila cuci muka & pakai toner, rasa pedih
- Harga makin lama makin naik
Itulah antara sebab2nya. Lepas tu, Lin pakai Syma Beauty. Hmmm..sangat krik2, tak best. Mungkin tak sesuai dengan kulit Lin.
Lepas tu dalam sebulan jugak Lin tanpa skincare. Lepas tu, Lin cuba product Karisma Cosmetics. Alhamdulillah, bertahan sampai sekarang, adalah nak dekat 2 tahun. Akak2 lin pun bertukar kepada Karisma jugak lepas dia tengok perubahan pada muka Lin.
Lin pakai Karisma 5 in 1, ada sabun, day cream, mostuirizer, night cream & treatment cream.
Karisma ni x menipiskan kulit, dia mencerahkan kulit secara normal & buat muka kita glowing, nampak berseri-seri gituh. Walaupun Lin ni jenis pemalas, kadang2 malam tak cuci muka, tak pakai cream malam, terus tido, kadang2 kalau x keluar rumah, lin tak pakai pun cream siang, alhamdulillah, jarang jugakla jerawat ni nak naik.
Harap pembaca blog yang nak tanya tentang Dnars jelas ya bahawa Lin dah tak pakai Dnars.