Ini ialah senarai 10
hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita
kasihi seperti ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya.
Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki dan wanita, jadi sila
sesuaikan jika ditujukan pada orang lain.
- Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
- Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu. (Tidak sesuai bagi yg belum berkahwin tau)
- Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah sajak. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh si dia.Serius..lin pon cair kalo si dia wat cmni kat lin...hehehe
- Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang lawak seperti gambar kartun atau artikel. Contohnya, "i sentiasa di sisi u dan u pon sentiasa di sisi i di keyboard computer".
- Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia dihargai.
- Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga
anak, dll.
- Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
- Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
- Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang(berjaya memenangi hati si dia).
- Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang
dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
Selamat mencuba...^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan