Ahad, 28 Julai 2013

Gembira dalam Terluka...

Alhamdulillah, lin dapat sambung master di UKM..tapi ada yang tak berpuas hati kerana lin memlilih untuk sambung belajar, dan bukannya terus bekerja kumpul duit untuk kahwin..tak tau mcmana nak explain, tp kata2nya sangat menyakitkan hati lin..lin x mintak pun pihak lelaki tanggung segala2nya sebab keluarga lin bukannya hidup susah merempat sampaikan pihak lelaki terpaksa tanggung segala kos..lin tau hidup ni memerlukan duit, tapi kena ingat, x semestinya duit itu akan dapat mengotakan segala impian kita, kerana perancangan Allah Maha Berkuasa dari duit..hingga hari ini,lin masih tak faham n hati lin masih terluka..


Jangan ditanya mengapa pilihan ini yang kupilih, kerana Allah yang menggerakkan hatiku..
Jangan ditanya mengapa jalan ini yang kupilih, kerana Allah yang menetapkan ini adalah jalanku..
Jangan ditanya mengapa aku redha begini, kerana aku tahu, Allah mempunyai perancangan yang lebih hebat dari perancanganku..Amin..

Sekian..


Jumaat, 5 Julai 2013

Kenapa saya memilih untuk menganggur

Malam tadi, lin dapat mesej tentang kehilangan ibu member kolej..Innalillahiwainnahirajiun…Terkedu seketika..terbayang macamana kalau lin yang berada di tempat dia..masa tu,perkataan sabar dr kawan2 dah tak berguna lagi..macamana nak sabar, kehilangan ibu di saat-saat yang penting..Ramadhan, Hari Raya dan tak lama lagi nak konvo..Ya Allah, berat sungguh ujianmu terhadap dirinya..Namum, aku tau, dia kuat utk menghadapi semua ni, kerana Allah pasti akan memberi ujian yang hambaNya mampu tanggung..Tahun lepas pun member kolej lin kehilangan ibu di saat ramadhan ingin menjengah..

Oleh sebab itulah, lin memilih untuk berada di rumah, menganggur..Lin duduk di Kelantan, jadi agak susah nak cari kerja yg berkaitan ngan bidang lin.Kalau ada pun, jauh ckit, nak suruh abah hantarkan kesian abah penat pulak..nak pergi sendiri naik motor, trauma sebab pernah accident dulu..nak bawa kereta, abah pulak tak percayakan lin..jadi kesimpulannya duk umah jela..Ramai orang kampung dan sedara tanya, tak keje lagi ke?dengan muka yang tebal aku jawab, “TAK”.Biarlah orang nak cakap apa, walaupun dlm hati ni sakit sangat dengan pertanyaan mereka..Mereka tak faham apa yang aku rasa…Walaupun lin tak konvo lagi, tapi lin dapat banyak tawaran interview dan kerja..semua lin tolak, kenapa?Sebab semuanya di KL dan Selangor..Jauh dari mama dan abah..kalau lin pergi, mereka akan tinggal berdua di rumah..takda sapa yang nak tengokkan mereka..pernah sekali lin cuba utk berhijrah ke KL, nak cuba cekalkan dan keraskan hati utk berjauhan dengan diorang, tapi tak sampai sebulan, lin lari balik kampung..jiwa tak tenang, tambahan pulak kadang-kadang mama n abah travel jauh-jauh, gi perak la, gi johor la, rumah akak dan abang..kalau pergi dengan bas takpe la, tapi drive kreta..umur abah lin tahun ni nak masuk 70 tahun..mama pulak 62 tahun..sudah berusia..jadi,biarlah lin memilih utk mengganggur di rumah, dapatlah lin melihat mereka puas2, dapat makan bersama mereka, dapat tidur bersama mama..^^..dapat create moment bersama mereka supaya nanti, apabila mereka tiada, atau lin yang tiada, sekurang2nya kenangan itu dapat mengubati hati..walaupun kadang2 lin bukan berkepit ngan diorang pun, al maklumla, manusia, alpa dengan urusan sendiri sampai terabaikan mereka..tapi sekurang2nya masih ada peluang utk tersedar..Bila mama dan abah tidur, lin selalu tengok perut diorang, gerak ke tak..teruk kan lin ni..tapi itulah hakikatnya..

Kenapa lin jd teruk mcm ni?sebabnya dulu sejak dr drjah 5, lin jarang bersama dengan mereka..masa sekolah menengah, duduk asrama..memang sangat tak rapat, terutamanya dengan abah..kalau abah tanya elok2, lin mesti jawab dengan kasar..xtau kenapa, masa tu rasa x suka sgt2 ngan abah..pastu pergi matrix, uitm, berhenti uitm sebab ntahla..mcm xleh nak masuk je pelajaran time tu..then, lin amek degree balik kat KUIS..Alhamdulillah..Allah masih sayangkan lin, mendekatkan diri dengan perkara yang baik2, memberi kawan yg baik2 pd lin.. then baru perasaan x suka pd abah hilang..rasa sayang sangat2 pada abah dan mama..jadi lin ambil peluang ni, utk tebus segala kesilapan lin dulu..lin harap sangat mama dan abah dapat lihat dan merasa kejayaan lin..
love you mommy daddy
Eh lin tak goyang kaki je duk umah pun..lin bukan jenis yang leh makan tido makan tido tgk tv..dengan menggunakan kemudahan yang ada, lin buat bisnes online..modal, lin guna duit BR1M..Alhamdulillah, terima kasih rezeki yang bergolek tu..dan Alhamdulillah juga, lin dah daftar bisnes lin, dan lin beroperasi secara ‘halal’ sekarang ni..lin buat bisnes design dan printing..rezeki lin bergantung pada Allah 100%..Kalau Allah x gerakkan hati customer2 lin utk order ngan lin, kalau Allah x kurniakan idea utk lin design order customer lin, lin xkan dpt beroperasi..oleh itu terima kasih Ya Allah..

Ni bukan nak promote, tapi nak bgtau..ni la bisnes lin..^^


Service yang lin sediakan:
Design logo/FB cover/edit picture
Printing(xder cas utk design):
Business card
Sampul Duit Raya
Flyers/Brochure
Pre-inked stamp/refill ink
Label Tag/Thank you tag(non sticker)
Booklet
Tent card
Envelope
Paper bag
Note pad
Kotak cenderahati
Kad kahwin/Kad raya/Kad apa2pun

Kalau berminat bolehla ke:
FB: Linteddy Design
Email:nurazlinnorbahari@gmail.com


Rabu, 3 Julai 2013

Menghadapi masalah bila nak Daftar Syarikat Online

Salam semua..hari ni lin dapat 1 ilmu yang baru yang telah menyelesaikan masalah lin, dan mungkin akan menyelesaikan masalah korang jugak..HOPEFULLY...
Bagi yang taktau macamana nak daftar bisnes korang secara online, bolehlah ke tutorial di BLOG ASMA-FELT-BOX 

Sekarang ni lin nak bg tutorial bg yang x boleh nak daftar sebagai ssm user. Bila klik dekat open form, keluar error(bg yang menggunakan browser IE). Error tu keluar disebabkan oleh "(system) is developed with IE Architecture", itu yang diberitahu pada lin la..so, kita jangan guna IE, kita guna chrome ataupun firefox modzilla..

Bagi yang guna CHROME

Bagi yang guna FIREFOX

Klik open with different viewer


Tick open with adobe reader, then click OK

Then akan keluar form jd macam ni..

Ok, bila dah settled bab ni, klik agree ngan terma syarat tu, baru button hantar/send berfungsi..Lepas klik button tu, bru proceed ke page utk buat pembayaran..

Harap ini dapat membantu.Credit to customer service SSM..^^


Selasa, 2 Julai 2013

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | Mahadi Mohamed Arifin | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz