Selasa, 23 Disember 2014

I'm getting married

Fuh, lama gak ek lin x update blog ni..nak dekat setengah tahun x bercerita..so hari ni, dengan excitednya lin nak bgtau yang lin akan berkahwin pada Mac tahun depan..kelam kabut rasa, mana tak nya, bakal ayah mertua menyuarakan hasratnya awal bulan 12 baru ni..nasib baik abah & mama setuju kami berkahwin walaupun lin xde pekerjaan yang tetap lagi..Alhamdulillah...setelah 5 tahun menyulam cinta, 4 tahun kami memgikat janji, akhirnya kami dapat membina istana kami..

Sebelum ni, bila berangan, macam2 tema nak buat..tapi, bila tiba masanya, disebabkan bajet yang terbantut, lin xleh nak wat mcm yang diimpikan..takpela, asalkan perjalanan majlis tu nanti berjalan dengan lancar & segala perancangan dipermudahkan..FYI, kad kahwin lin design sendiri..ambil masa 3 minggu, baru siap design kad kahwin lin..lin buat kad kahwin sekeping je,nak jimat la katakan..nak tengok x design kad kahwin lin?ok boleh, tp next entry ek..insy bila dah siap printing kad, lin akan tunjuk ek..

Thanx sudi berkongsi kegembiraan ni bersama ngan lin..

Rabu, 28 Mei 2014

Sebenarnya lin sayang abah sangat-sangat

Dah lama lin x update blog ni kan..malam ni, lepas berbincang ngan member tentang nak letak lagu apa untuk 3D animation kitorang, lin teringat pada lagu yang lin pernah dengar dulu..kebetulan 3D animation tu bertemakan Hari Bapa..lagu Biar dari Fynn Jamal..


Bila dengar lagu ni, perlahan2 air mata lin jatuh ke pipi..teringat waktu dulu2, saat lin x menghargai abah..saat lin selalu tengking abah..saat lin mengecewakan hati abah dengan kegagalan dalam pelajaran..semua tu bermain2 di fikiran lin..tapi kini, sejak lin memulakan kembali pelajaran lin di KUIS 3 4 tahun lepas, alhamdulillah..lin jadi rindu pada abah..lin terasa ingin mendekatkan diri dengan abah..lin teringin nak bergurau senda ngan abah..kini, lin cuba untuk mengukir banyak kenangan indah bersama mama dan abah..

Dulu tak tau kenapa, bila abah cakap apa-apa, lin mesti nak jawab..bila abah tanya elok-elok, lin mesti jawab dalam keadaan marah..Kalau dulu, malu nak jalan ngan abah, xtau kenapa..Kalau dulu, xnak duk berdua ngan abah..kenapa lin macam tu ye..kenapa lin layan abah macam tu?

Tapi kini,lin cuba utk x menyakitkan hati abah..lin cuba utk rapat dengan abah..lin cuba berborak dan berguran senda ngan abah..ada satu hari, theme dekat hp abah bertukar..abah nak theme yang lama(lin yang pilihkan utk abah dulu)..abah suruh acik(kakak lin) tukarkan, tapi acik x dapat nak berikan apa yang abah nak..abah pun cakap, takpelah, nnti tunggu lin balik, lin yang pandai tukar benda ni..bg korang, mesti xde pape kan..tp bg lin, ianya amat bermakna..bermakna lin sgt penting utk abah..Harap sangat lin sempat utk memberi kesenangan pd abah dan mama..

Abah dah berumur 71 tahun ini..tapi abah tetap tak duduk diam..abah usahakan kebun serai dengan mama..dari pagi sampai tengahari..bila malam, bila abah mengaduh kesakitan, lin sakit mendengarnya..rasa macam nak ambil kesakitan tu supaya abah dapat tidur dengan lena..Baru-baru ni, tiba-tiba abah macam takda mood..abah jadi malas nak ke kebun..abah asyik tidur je..tak tengok tv pun..rindu nak berebut tv dengan abah..lin susah hati sangat..lin xtau apa yg abah fikirkan sebab abah jarang nak luahkan apa yang ada dalam hatinya..2 3 bulan jugakla abah macam tu..tapi kini alhamdulillah..abah kembali normal..lin bersyukur sgt..lega...

Abah, walaupun lin selalu ngan mama, bila cakap telefon cari mama, itu x bermakna kita x rindu kat abah..kita rindu sangat cuma xtau nak cakap apa..tapi bila dapat tau dari mama, abah sihat, itu dah cukup membuatkan hati ini gembira..

Baru2 ni, lin ada PAC di Port Dickson..abah dan mama rela turun utk teman lin di Port Dickson, bertemankan My Teddy..banyak sangat duit habis..rasa bersalah sangat sebab lin rasa macam x berjaya je PAC tu, almaklumla saingan lin bukan calang2 orangnya..rasa kerdil sangat..Abah, kalau lin x berjaya di situ, insy, lin akan berjaya di tempat lain, cuma belum tiba masanya lagi..mama & abah tunggu tau..jangan tingglkan lin lagi ye..lin sayang sangat mama & abah..

Segala-galanya untuk lin

Khamis, 6 Februari 2014

Refill Pre-Inked Stamp

Pre-Inked Stamp anda dah kehabisan dakwat..?
Tak tahu nak cari refill pre-inked stamp kat mana..?
Jangan risau! 
Sekarang linTeddy Design ada menjual refill dan linTeddy Design juga ada menyediakan cara-cara untuk mengisi semula pre-Inked stamp.



p/s: kalau nak tempah pre-inked stamp ngan linTeddy Design pun boleh..harganya seperti di bawah..FREE DELIVERY tau..


Jangan segan-segan untuk hubungi linTeddy Design di FB: LINTEDDY DESIGN atau email: nurazlinnorbahari@gmail.com

Kad Kahwin Sekeping

Salam,
Ini adalah harga terkini untuk Kad Kahwin Sekeping dari linTeddy Design. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan malu-malu untuk hubungi Lin k..


Tak tahu macamana nak berurusan dengan linTeddy?Begini caranya:

  • pilih design anda or nak request design baru pon boleh, bagitau theme(e.g: islamic, sweet, skema), color(e.g:pink+blue, green+orange), or sebarang idea anda
  • berikan details yang diperlukan untuk kad kahwin, seperti nama pengantin, nak ibu bapa pengantin, tarikh, alamat, no telefon, atucara majlis dan peta(bagi yang comot2 pun takpe sebab saya akan lukis balik)
  • artwork yang siap akan diemailkan dan boleh tukar apa2 yang tidak memuaskan
  • bila artwork approved, sy akan emailkan no akaun, dan perlu menjelaskan bayaran penuh, sebelum print
  • barang akan sampai ke rumah anda 3 hingga 4 hari tidak termasuk cuti selepas bayaran dibuat..akan diberitahu kemudian