Selasa, 4 Disember 2012

Sila abaikan...

Rasa macam nak luah jer kat cni...

" Boleh tak kalau nak gi bawa diri jauh dari semua orang yang mengenali diri ini..rasanya, apa yg dirancang tu, hnyalah sebagai rancangan mengisi masa lapang..rasa seolah2 mcm dah x sempat jer... "

" Sukatilah kalau aku x dpt keje lagi, bukan makan guna wet ko pon...sebab mungkin x sempat nak keje lame, buang masa jer nanti..."

" Bukan sengaja nak memencilkan diri, bukan sengaja x byk bercakp, bukn sengaja membesarkan jurang antara kita..supaya x terasa sangat bila kehilangan..."

Sekian...

Selasa, 6 November 2012

1st time..^^


1st time and maybe there will be next time..interested?pm me...^^

Khamis, 11 Oktober 2012

FOBIA DENGAN BAKAL MAK MERTUA


Salam semua,

Mungkin anda adalah salah sorang yang fobia ngan bakal mak mertua..Alhamdulillah, lin dah lepas peringkat tu, n lin sekarang berada di zon selesa..tapi, xdala selesa sangat sebab perjalanan masih jauh, sedangkan ibu kita sendiri pun kita perlu jaga hati diorang, inikan pula mak mertua..betol x?
Tapi bakal mak mertua lin memang terbaek..peramah..dia tak pernah buat lin rasa kekok selama bersama dengannya..banyak jugakla nasihat yang diberikan pada lin sebagai persediaan untuk hidup bersama anaknya nanti..Lin bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya…

Minggu lepas, bakal adik ipar lin kahwin..so, dengan rasa tanggungjawab sebagai bakal kakak ipar, lin pun ke rumah bakal mertua, dalam 3 hri lebih awal daripada majlis..kalau diikutkan nak datang seminggu awal, tapi Nampak macam over la plak kan..huhu..Sebelum2 ni lin dah selalu datang bakal mertua, dan setiap kali tu, hati berdebar2, takut tersilap tingkah laku atau kata pd bakal mertua n bakal adik ipar..pastu biasalah nak kenduri ni, mesti semua sedara mara datang, lagi la lin berdebar2..Tapi sekali lagi alhamdulillah, lin dapat menyesuaikan diri dengan jayanya bersama diorang..Jadi nak tips tak macamana nak menyesuaikan diri dengan jayanya…

  1. Jangan berat tulang untuk menolong…walaupon kat rumah tu korang la yang paling pemalas..bukan hipokrit, tetapi dalam masa yang sama, ia dapat melatih korang untuk buat keje rumah, n mana la tau, bila balik rumah korang sendiri, korang akan jadi ringan tulang dengan sendirinya…
  2. Buang rasa malu yang ada pada diri tu, tapi jangan over plak..berpada2la dengan situasi..berbual-bual, puji memuji, gelak ketawa..cubalah untuk jadi peramah, walaupun hakikatnya memang tak peramah..InsyaAllah, lama kelamaan nnti, keramahan kita tu akan datang dengan sendirinya..
  3. Dan yang paling penting, bersopanla..bila kita nak makan, pelawalah orang yang di sekeliling..bila nak lalu depan orang, tundukkanlah sedikit badan tu..etc
Tu je kot benda yang lin apply selama lin berada di sana..memang nampak macam hipokrit, tapi bila kita berada di situasi tu, semua ni datang dengan sendirinya..percayalah cakap lin.

Lupa plak nak citer..masa bakal adik ipar lin kahwin, lin n sepupu dia yg jadi pengapit..pastu nnti bulan  11 ni akak lin nak kawin, lin jugak yang jadi pengapit..tahun ni saja lin jadi pengapit 2 kali..semoga tahun depan, lin sendiri yang jadi pengantinnya..hehehe..gatainya kan..tp jgn lupa AMINkan tau…AMIN!!!

Dan lagi satu yang bestnya, dalam keluarga lin, lin ni bngsu, tp bila berada dalam family ‘si dia’, lin ni sulung..best kan..terasa hidup ni perfect sebab ada kakak, abang, adik perempuan dan adik lelaki…^^

Eh, dah lari tajuk kan, takpela, yang penting, lin ada entry untuk bulan ni…

^^,

Satu-satunya cinta


kali ni, lin buat basic animation untuk lagu satu-satunya cinta by MAHADEWI..serius lagu ni best.kat bawah ni lirik dia...



Katamu kamu cinta kepadaku selamanya
Katamu kamu rindu kepadaku selalu
Tapi mengapa aku masih ragu

Katamu aku ini cinta terakhir kamu
Katamu aku ini cinta dalam hidupmu 
Tapi mengapa aku masih ragu 

Mungkinkah aku ini menjadi satu-satunya cinta
Yang terakhir kamu dan tak akan ada cinta yang kedua
Dan ketiga dan cinta lainnya

Katamu kamu hilang jika aku pun pergi
Katamu kamu musnah jika cintaku punah
Tapi mengapa aku masih ragu



Jumaat, 14 September 2012

LOVE by Nate King Cole


p/s: This song was specially dedicated to u my teddy...;)..sepattnya pompuanla yg nyanyikan, tp da lagu ni penyanyi dia laki, terpaksala wat cmni...ada mcm muka teddy x?hehehe

Isnin, 10 September 2012

Don't you...



p/s: hidup orang tgh tanam anggur, memg cmni..mencari je keje utk dibuat..sesape yg nak buat poster, leh la contact lin...

Ahad, 9 September 2012

Pelbagai perkhidmatan disediakan


Salam semua...
Untuk mengisi masa lapang lin, lin dengan baik hati ingin menawarkan perkhidmatan ni. Untuk pengetahuan semua, lin ni ada ijazah dalam multimedia, dan kini, lin sedang menyambung pengajian di peringkat master kos sistem multimedia..so, dun wori, lin memg ada pengalaman buat semua ni...

Perkhidmatan menaip, membuat assignment, graphic editing, mini project(berkaitan dengan multimedia : flash,photoshop,illustrator,soundbooth,soundforge,adobe premier).

Cara-caranya:

  1. Emailkan soalan/bahan, apa yg anda mahukan, dateline/tarikh hasil kerja siap, requirement assignment cth: font type, font size, paragraph etc.  Email lin: nurazlinnorbahari@gmail.com
  2. Email comfirmation akan dihantar(sama ada lin akan terima/tak), jumlah bayaran dan no akaun akan diberitahu.
  3. Bank-in kan sekurang-kurangnya 50% daripada jumpah yang telah diberitahu, dan emailkan bukti pembayaran.(nak bayar penuh lg bgus ^^).
  4. Hasil kerja akan dihantar melalui email.
  5. Jika ada baki pembayaran yg belum dibuat, sila jelaskan.(Jujur tau)
Sila sertakan nama, no tel anda.

Bayaran:

  1. Microsoft Office : 1 page = RM3(Jika byk gambar, harga akan dikurangkan)
  2. Microsoft Power Point : 1 page = RM2(bergantung pada design)
  3. Mini project(animation 2D/3D, video, audio, graphic design, programming etc.):bergantung pada kesusahan project


p/s: jgn risau,hrga boleh dirunding..^^,

Jumaat, 7 September 2012

10 HADIAH UTAMA YANG SERING DILUPAI UNTUK ORANG TERSAYANG


Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi seperti ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki dan wanita, jadi sila sesuaikan jika ditujukan pada orang lain.

  1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
  1. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu. (Tidak sesuai bagi yg belum berkahwin tau)
  1. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah sajak. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh si dia.Serius..lin pon cair kalo si dia wat cmni kat lin...hehehe
  1. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang lawak seperti gambar kartun atau artikel. Contohnya, "i sentiasa di sisi u dan u pon sentiasa di sisi i di keyboard computer".
  1. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia dihargai.
  1. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

  1. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
  1. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.
  1. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang(berjaya memenangi hati si dia).
  1. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
Selamat mencuba...^^

Sabtu, 1 September 2012

simple animation for jerrypah-aizat


Bila lin dah xder keje nak buat, inilah jadinya. Buat simple animation jer, sebab bila dah separuh jalan, rasa macam malas plak...huhu...ok, kalau nak download lagu ni, klik sini.

Jerrypah - Aizat

Sayangku, aku pasti
Kau sebahagianku
Sayangku, aku yakin
Takdir kita bertemu

Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Sayangku, aku pasti
Takdir kita bertemu
Biarkan semua berlalu
All i know i’ll always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah

Biarkan semua berlalu
All i know i always have you
Pengganti tempat mengadu
Selamanya, engkaulah.. hanya

Selama-lamanya
Selamanya



Khamis, 30 Ogos 2012

photoshop+illustrator artwork



cmnila kalo org tgh menganggur..sesape yg nak bg keje kt lin buat keje cmni, pm lin k : nurazlinnorbahari@gmail.com.

sekarang, lin tgh belajar, cmner nak manipulationkan picture.meng'upgrade'kan skill...

Rabu, 22 Ogos 2012

Graphic Designer

Salam semua..
Hari ni, lin kembali sebab nak bersihkan sawang2 yang tebal kt blog lin nih..ok, sebelum lin merapu ngan lebih jauh lagi, meh nak citer pasal tajuk post lin kali ni..ok, pada 5 bulan yg lepas, lin dah pon menghabiskan latihan industri lin di sebuah company yg lin akan rahsikan namanya, n tugas lin di situ adalah main graphic designer..except bila ada designer baru dtg, then, lin akan jadi pilihan yg kedua, bukan main lg..hukhukhuk...sedih kan..mcm sepah plak..huhu..bukan nak cerita tentang keburukan company tu..tp lin nak bgtau yang lin rasa, mungkin kerjaya lin pada masa akan datang adalah graphic designer..walaupon pada hakikatnya, seriously, lin minat giler pada animation, and programming..tp nak wat cmner, belom ada kesempatan untuk menonjolkan bakat terpendam ni..kalau rasa nak tgk sebahagian daripada artwork lin masa kolej n masa latihan industri, leh klik sini. Tapi, jgnla dikutuk blog tu yer, sebab lin memang malas nak renovate..taktau kenapa..korang doakan supaya lin jadi rajin ek..hehehe..hm..itu jela kot..ok, kat sini,sempena bulan Syawal ni, lin nak susun sepuluh jari, memohon ampun, jika ada kesilapan. 
Ni kad raya yang lin buat sebelom raya...^^

Ahad, 26 Februari 2012

nothing much to say

dalam tempoh 21 hari lagi yang tinggal ni, tolong hargai saya sementara saya masih ada di sini...jgn bila saya dah takda kat sini, baru nak hargai saya...