Memaparkan catatan dengan label graphic design. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label graphic design. Papar semua catatan

Ahad, 8 Februari 2015

Wedding Preparation: Kad Kahwin & Props Photobooth

Salam semua..Lin baru berkesempatan nak update blog..Kali ni, lin nak share ngan korang 2 benda:-

1.   Kad kahwin
Untuk pengetahuan korang, lin ada bisnes printing sendiri, jadi tidak menjadi masalah utk lin nak survey2 harga kad kahwin..yang jadi masalah bagi lin adalah untuk design kad kahwin tu sendiri..saat tu, baru lin sedar yang lin la pelanggan yang paling cerewet..rasa lost, xtau nak design yg mcmna..lin ambil masa sebulan untuk mencari idea & design kad kahwin lin sendiri..kononnya nak yang elegan..tapi hasilnya, dapat yg cute..sebab lin sangat2 suka benda yg cute..jom tgk kad kahwin lin..

Comey tak..hehe..perasan comey kan..takpela, yg penting, lin puas hati, & xde rasa nyesal or pape yg negatif..kalau korang berminat nak order kad kahwin ngan lin, boleh la email lin di nurazlinnorbahari@gmail.com atau FB page lin: LINTEDDY DESIGN..

2.   Props Photobooth

Disebabkan nak bg keseronokan pada anak2 buah lin, dengan gigihnya lin buat sendiri props utk bergambar nnti..biasala, nak save bajet..takyah citer banyak, jom tgk apa yg lin dah buat..

Lin warna guna watercolor..nak jimat ink printer..kalau guna warna luna or magic, tangan penat..

comot momot lin wat keje
beberapa props lin

bukan tu je props lin..nanti lin nak tambah lgi..makin buat, makin rasa tak cukup..hehe..K la..tu je lin nak share kali ni..jumpa lagi..papai..nak tengok hasilnya?boleh KLIK SINI

Khamis, 6 Februari 2014

Kad Kahwin Sekeping

Salam,
Ini adalah harga terkini untuk Kad Kahwin Sekeping dari linTeddy Design. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan malu-malu untuk hubungi Lin k..


Tak tahu macamana nak berurusan dengan linTeddy?Begini caranya:

  • pilih design anda or nak request design baru pon boleh, bagitau theme(e.g: islamic, sweet, skema), color(e.g:pink+blue, green+orange), or sebarang idea anda
  • berikan details yang diperlukan untuk kad kahwin, seperti nama pengantin, nak ibu bapa pengantin, tarikh, alamat, no telefon, atucara majlis dan peta(bagi yang comot2 pun takpe sebab saya akan lukis balik)
  • artwork yang siap akan diemailkan dan boleh tukar apa2 yang tidak memuaskan
  • bila artwork approved, sy akan emailkan no akaun, dan perlu menjelaskan bayaran penuh, sebelum print
  • barang akan sampai ke rumah anda 3 hingga 4 hari tidak termasuk cuti selepas bayaran dibuat..akan diberitahu kemudian

Ahad, 9 September 2012

Pelbagai perkhidmatan disediakan


Salam semua...
Untuk mengisi masa lapang lin, lin dengan baik hati ingin menawarkan perkhidmatan ni. Untuk pengetahuan semua, lin ni ada ijazah dalam multimedia, dan kini, lin sedang menyambung pengajian di peringkat master kos sistem multimedia..so, dun wori, lin memg ada pengalaman buat semua ni...

Perkhidmatan menaip, membuat assignment, graphic editing, mini project(berkaitan dengan multimedia : flash,photoshop,illustrator,soundbooth,soundforge,adobe premier).

Cara-caranya:

  1. Emailkan soalan/bahan, apa yg anda mahukan, dateline/tarikh hasil kerja siap, requirement assignment cth: font type, font size, paragraph etc.  Email lin: nurazlinnorbahari@gmail.com
  2. Email comfirmation akan dihantar(sama ada lin akan terima/tak), jumlah bayaran dan no akaun akan diberitahu.
  3. Bank-in kan sekurang-kurangnya 50% daripada jumpah yang telah diberitahu, dan emailkan bukti pembayaran.(nak bayar penuh lg bgus ^^).
  4. Hasil kerja akan dihantar melalui email.
  5. Jika ada baki pembayaran yg belum dibuat, sila jelaskan.(Jujur tau)
Sila sertakan nama, no tel anda.

Bayaran:

  1. Microsoft Office : 1 page = RM3(Jika byk gambar, harga akan dikurangkan)
  2. Microsoft Power Point : 1 page = RM2(bergantung pada design)
  3. Mini project(animation 2D/3D, video, audio, graphic design, programming etc.):bergantung pada kesusahan project


p/s: jgn risau,hrga boleh dirunding..^^,