Rabu, 28 Mei 2014

Sebenarnya lin sayang abah sangat-sangat

Dah lama lin x update blog ni kan..malam ni, lepas berbincang ngan member tentang nak letak lagu apa untuk 3D animation kitorang, lin teringat pada lagu yang lin pernah dengar dulu..kebetulan 3D animation tu bertemakan Hari Bapa..lagu Biar dari Fynn Jamal..


Bila dengar lagu ni, perlahan2 air mata lin jatuh ke pipi..teringat waktu dulu2, saat lin x menghargai abah..saat lin selalu tengking abah..saat lin mengecewakan hati abah dengan kegagalan dalam pelajaran..semua tu bermain2 di fikiran lin..tapi kini, sejak lin memulakan kembali pelajaran lin di KUIS 3 4 tahun lepas, alhamdulillah..lin jadi rindu pada abah..lin terasa ingin mendekatkan diri dengan abah..lin teringin nak bergurau senda ngan abah..kini, lin cuba untuk mengukir banyak kenangan indah bersama mama dan abah..

Dulu tak tau kenapa, bila abah cakap apa-apa, lin mesti nak jawab..bila abah tanya elok-elok, lin mesti jawab dalam keadaan marah..Kalau dulu, malu nak jalan ngan abah, xtau kenapa..Kalau dulu, xnak duk berdua ngan abah..kenapa lin macam tu ye..kenapa lin layan abah macam tu?

Tapi kini,lin cuba utk x menyakitkan hati abah..lin cuba utk rapat dengan abah..lin cuba berborak dan berguran senda ngan abah..ada satu hari, theme dekat hp abah bertukar..abah nak theme yang lama(lin yang pilihkan utk abah dulu)..abah suruh acik(kakak lin) tukarkan, tapi acik x dapat nak berikan apa yang abah nak..abah pun cakap, takpelah, nnti tunggu lin balik, lin yang pandai tukar benda ni..bg korang, mesti xde pape kan..tp bg lin, ianya amat bermakna..bermakna lin sgt penting utk abah..Harap sangat lin sempat utk memberi kesenangan pd abah dan mama..

Abah dah berumur 71 tahun ini..tapi abah tetap tak duduk diam..abah usahakan kebun serai dengan mama..dari pagi sampai tengahari..bila malam, bila abah mengaduh kesakitan, lin sakit mendengarnya..rasa macam nak ambil kesakitan tu supaya abah dapat tidur dengan lena..Baru-baru ni, tiba-tiba abah macam takda mood..abah jadi malas nak ke kebun..abah asyik tidur je..tak tengok tv pun..rindu nak berebut tv dengan abah..lin susah hati sangat..lin xtau apa yg abah fikirkan sebab abah jarang nak luahkan apa yang ada dalam hatinya..2 3 bulan jugakla abah macam tu..tapi kini alhamdulillah..abah kembali normal..lin bersyukur sgt..lega...

Abah, walaupun lin selalu ngan mama, bila cakap telefon cari mama, itu x bermakna kita x rindu kat abah..kita rindu sangat cuma xtau nak cakap apa..tapi bila dapat tau dari mama, abah sihat, itu dah cukup membuatkan hati ini gembira..

Baru2 ni, lin ada PAC di Port Dickson..abah dan mama rela turun utk teman lin di Port Dickson, bertemankan My Teddy..banyak sangat duit habis..rasa bersalah sangat sebab lin rasa macam x berjaya je PAC tu, almaklumla saingan lin bukan calang2 orangnya..rasa kerdil sangat..Abah, kalau lin x berjaya di situ, insy, lin akan berjaya di tempat lain, cuma belum tiba masanya lagi..mama & abah tunggu tau..jangan tingglkan lin lagi ye..lin sayang sangat mama & abah..

Segala-galanya untuk lin

Khamis, 6 Februari 2014

Refill Pre-Inked Stamp

Pre-Inked Stamp anda dah kehabisan dakwat..?
Tak tahu nak cari refill pre-inked stamp kat mana..?
Jangan risau! 
Sekarang linTeddy Design ada menjual refill dan linTeddy Design juga ada menyediakan cara-cara untuk mengisi semula pre-Inked stamp.



p/s: kalau nak tempah pre-inked stamp ngan linTeddy Design pun boleh..harganya seperti di bawah..FREE DELIVERY tau..


Jangan segan-segan untuk hubungi linTeddy Design di FB: LINTEDDY DESIGN atau email: nurazlinnorbahari@gmail.com

Kad Kahwin Sekeping

Salam,
Ini adalah harga terkini untuk Kad Kahwin Sekeping dari linTeddy Design. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan malu-malu untuk hubungi Lin k..


Tak tahu macamana nak berurusan dengan linTeddy?Begini caranya:

  • pilih design anda or nak request design baru pon boleh, bagitau theme(e.g: islamic, sweet, skema), color(e.g:pink+blue, green+orange), or sebarang idea anda
  • berikan details yang diperlukan untuk kad kahwin, seperti nama pengantin, nak ibu bapa pengantin, tarikh, alamat, no telefon, atucara majlis dan peta(bagi yang comot2 pun takpe sebab saya akan lukis balik)
  • artwork yang siap akan diemailkan dan boleh tukar apa2 yang tidak memuaskan
  • bila artwork approved, sy akan emailkan no akaun, dan perlu menjelaskan bayaran penuh, sebelum print
  • barang akan sampai ke rumah anda 3 hingga 4 hari tidak termasuk cuti selepas bayaran dibuat..akan diberitahu kemudian

Selasa, 31 Disember 2013

Malam terakhir di 2013

Salam semua..
2013 bakal meninggalkan kita dalam beberapa jam sahaja lagi, bermakna, umur kita pun semakin bertambah..Tapi apa yang paling lin bimbangkan sekarang ni adalah rancangan untuk pihak yang tidak bertanggungjawab ingin menggulingkan kerajaan..Nauzubillah..mintak2 la di jauhkan dari mala petaka yang tidak diingini tu..Meniti malam terakhir ni, sangat mendebarkan..Semoga kita semua dapat menempuh malam ini tanpa berlakunya perkara yang tidak sepatutnya..Amin

P/s: Jika terjadi sesuatu pada lin, lin nak mama dan abah tau, lin sayang sangat mama dan abah lebih daripada dulu...Eh, lin bukannya nak gi join diorang berdemo, tp lin nak kuar gi makan malam jap lagi, takut terjadi pape di tgh jalan, tanpa mengucapkan selamat tinggal..hehe..

Apapun, Selamat Menyambut Tahun Baru, semoga tahun 2014 lebih baik dari 2013..Amin..

Ahad, 29 Disember 2013

Testimoni Dnars ORI punya (updated 23 Disember 2014)

Salam, lama jugak lin tak update blog ni..So, hari ni, lin nak kongsi testimoni lin mengenai Dnars..Dulu lin teragak2 jugak nak guna, bukan apa, takut x sesuai ngan kulit muka..tapi oleh kerana muka dah semakin teruk dengan jerawat,parut jerawat n bintik hitam di muka, lin pun menguatkan diri untuk mencuba setelah melihat hasil yang menakjubkan dari member lin..

lin guna sabun beras Dnars untuk cuci muka: takda dalam pic
So setelah 2 bulan guna, alhamdulillah, nak kuar umah tanpa mekap pun xpe skang ni..takyah nak guna bedak sampai 1 inci..huhu..n baru ni, rumet lin ada tnya, lin pakai apa, muka nampak cerah je, lin pun jawab,"tu, Dnars", sambil tunjuk ke arah meja..hahaha..kulit lin jenis berminyak n cepat sangat nak nek jerawat..jadi produk Dnars ni lin pilih set yang utk kulit berminyak.berjerawat + toner treatment.
Sekarang ni, apa yang berbeza kulit lin sekarang dengan yang dulu, kulit sekarang lebih cerah,glowing and lembab(bukan berminyak tau).Kulit lin xde la flawless macam kulit org korea, tp lin dah sangat berpuas hati ngan produk ni n akan terus menggunakannya..^^

ni testimoni dari lin..lin ni pemalu, tu yang tutup mata tu..hehe
INFO:masa kedua2 pic ni di ambil,lin x pakai bedak/mekap
Kalau korang dpt tgk, muka sebelum tu, kusam jer, x bermaya, pastu byk parut jerawat kat dagu tu..Lepas ni lin akan update entry ni utk kita sama-sama lihat hasilnya..Nak tengok lebih banyak pic lin sebelum dan selepas?Klik sini

Lepas ni, lin dah tak rasa malu dah bila my teddy nak menatap muka lin lama-lama..hahaha..<3

Updated 22 Februari 2014(Setelah consume 2 kotak Dnars(4 bulan))


Ni time lin nak kuar dinner..x pakai krim papepun..just pakai bedak baby johnson & lipstik je..

Updated 16 Jun 2014(Setelah consume 3 kotak<<dah nak habis)

Sorry sangat2 sebab lama sangat x update..camera + laptop lin rosak..jadi dah xde la aktiviti syok sendiri ni lagi..hehe..ok ni pic lin yg terbaru..tp dalam sebulan ni, lin consume Perla Chocolate Milk utk membuang toksin dalam badan lin ni..huhu..

Dan yang terbaru, disebabkan tengok muka lin ada perubahan, nampak berseri, dah x kusam macam dulu, akak lin pun dah guna Dnars skrg ni..baru je seminggu dia guna..jelesla tu, lin dah berseri2 skrg ni..hehe



terpaksa guna camera hp je..
muka lin x flawless sgt sebab hormon selalu x menentu..huhu..stress baru 2 3 minit, jerawat terus muncul..geram je..
Updated 1 Ogos 2014
Salam Aidilfitri 2014 semua..ok, hari ni lin nak update gambar lin yg latest..utk info, lin dah guna dalam 10 bulan jugakla..Alhamdulillah..Dnars ni memg berkesan..love it..
masa ni Lin just pakai krim siang Dnars n pakai bedak debu baby johnson je..xyah nak tempek mekap tebal2 lagi..^^

Updated 23 Disember 2014
Ok, sekarang dah maintain je..cuma kadang2 ada jugak jerawat naik, tambah time stress, cepat je dia nak naik..itu adalah normal..ini bermakna produk ni takda bahan kimia yang berbahaya..
Abaikan yang kat belakang tu..hehe

P/s: bagi sesiapa yang nak tanya soklan mengenai Dnars, harap maaf, lin tak dapat nak tlg, sebab lin tak pakar sangat pasal kulit, dan lin x menjual produk ni..HARAP MAKLUM

P/s: lin cuma buat bisnes printing je..Kalau nak singgah boleh la ke FB: LINTEDDY DESIGN atau http://linswork.blogspot.com..